Teknik Melakukan CPR
Formula yang biasa dan senang diingati untuk semua peringkat ialah...
DR ABC ( Danger, Response, Airway, Breathing dan Circulation)
1. Danger
- Tentukan keselamatan mangsa dan penyelamat
(Tetapi keselamatan penyelamat adalah paling utama)
2. Response
- Tentukan mangsa betul-betul tidak sedarkan diri dengan menepuk pada bahagian bahu
si mangsa selama (4 – 10 saat).
- Sekiranya mangsa tiada respond, gerakkan sistem rawatan kecemasan.
3. Airway
- Tentukan saluran pernafasan mangsa dibuka dengan teknik yang betul seperti diajarkan.
- Teknik-teknik yang sering dilakukan untuk membuka saluran pernafasan (Airway)
sebelum tindakan selanjutnya dilakukan ialah:
a) HEAD TILT CHIN LIFT (Dongak Kepala Angkat Dagu)
- Teknik ini dilakukan bagi mangsa yang tidak ada kecederaan spinal.
b) JAW-THRUST (Angkat Dagu)
- Teknik ini dilakukan bagi mangsa yang tidak ada kecederaan spinal.
c) Modified Jaw-thrust (Angkat Dagu)
- Biasanya teknik ini digunakan kepada mangsa yang disyaki mengalami
kecederaan tulang belakang.
4. Breathing
- Periksa pernafasan mangsa (dalam masa 3 – 5 saat) dengan cara :
a) Lihat (look) - pergerakan dada mangsa
b) Dengar (listen) -pernafasan mangsa
c) Rasa (feel) - hembusan pernafasan mangsa
- Jika mangsa tidak bernafas berikan 2 kali bantuan pernafasan
- Teknik memberi bantuan pernafasan mengikut keadaan mangsa:
a) Mouth to Mouth (mulut ke mulut)
- Picit hidung mangsa sebelum melakukan hembusan
- Berikan bantuan pernafasan secara perlahan.
b) Mouth to Nose (mulut ke hidung)
- Selalu dilakukan sekiranya mulut mangsa mengalami kecederaan.
- Semasa melakukan teknik ini, mulut mangsa hendaklah ditutupkan.
5. Circulation
- Periksa nadi mangsa dibahagian Carotid (dalam masa 5 –10 saat)....
a) Jika tiada nadi, mulakan CPR dengan melakukan 30kali tekanan di dada, 2 kali
hembusan dan lakukan sebanyak 5 pusingan dalam masa 2 minit. Kemudian, buat
pemeriksaan nadi carotid.
b) Kedalaman tekanan dada adalah 2 – 2 1/2 inci.
b) Kedalaman tekanan dada adalah 2 – 2 1/2 inci.
c) Catatan:
30 Kali Tekanan Dada : 2 Kali Hembusan
(1 Pusingan)
Buat sehingga 5 Kitaran Dalam Masa 2 Minit
* Setelah tamat 1 Kitaran
Buat sehingga 5 Kitaran Dalam Masa 2 Minit
* Setelah tamat 1 Kitaran
- Buat pemeriksaan nadi carotid - jika ADA NADI, hentikan tekanan dan periksa pernafasan.
Jika ADA PERNAFASAN, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan (RECOVERY
POSITION) sehingga bantuan sampai.
- Jika mangsa tiada nadi teruskan CPR sehingga bantuan sampai atau lain-lain sebab seperti di
- Jika mangsa tiada nadi teruskan CPR sehingga bantuan sampai atau lain-lain sebab seperti di
Para (A) di bawah.
- Jika mangsa ADA NADI TETAPI TIADA PERNAFASAN berikan bantuan pernafasan dengan
- Jika mangsa ADA NADI TETAPI TIADA PERNAFASAN berikan bantuan pernafasan dengan
kadar 12 kali hembusan dalam tempoh 1 minit sehingga mangsa pulih atau bantuan sampai atau
sama seperti di Para (A) di bawah.
A. CPR Perlu Diberhentikan Apabila...
a. Mangsa telah ada nadi dan pernafasan.
A. CPR Perlu Diberhentikan Apabila...
a. Mangsa telah ada nadi dan pernafasan.
b. Apabila penyelamat berasa letih.
c. Apabila bantuan kecemasan tiba.
d. Apabila mangsa disahkan telah meninggal dunia.
* video di atas menunjukkan teknik ECC (External Cardiac Compression)
p/s: Demonstrasi kaedah melakukan CPR akan diadakan pada sesi pembelajaran yang akan datang. Pelajar dikehendaki membaca dan memahami teknik-teknik CPR di atas.
c. Apabila bantuan kecemasan tiba.
d. Apabila mangsa disahkan telah meninggal dunia.
* video di atas menunjukkan teknik ECC (External Cardiac Compression)
Pelajar perlu menerapkan nilai-nilai murni semasa melakukan CPR seperti TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN ke atas pesakit contohnya meraba mangsa perempuan, merompak barangan mangsa dan tidak menghiraukan keadaan mangsa semasa mangsa jatuh.
p/s: Demonstrasi kaedah melakukan CPR akan diadakan pada sesi pembelajaran yang akan datang. Pelajar dikehendaki membaca dan memahami teknik-teknik CPR di atas.
puan....kalu bace je...setakat ni boleh faham..
BalasPadamtapi kalau wat amali lagi meyakinkan...
baru boleh tolong orang pasni...