Mengapa perlu belajar CPR?
Kita perlu belajar CPR supaya boleh membantu menyelamatkan nyawa mangsa terutamanya
di dalam kes-kes kecemasan yang boleh menyebabkan kematian klinikal.
Di dalam konteks menyelamat ini, anda mungkin membayangkan kes kecemasan yang sering berlaku di luar sana, tetapi pernahkah anda terfikir bahawa anda MUNGKIN boleh menyelamatkan nyawa ahli keluarga anda sendiri?
Bila anda perlu melakukan CPR?
CPR dilakukan apabila seseorang itu tidak bernafas atau pengaliran darah tidak mencukupi.
Sebelum melakukan CPR, pastikan anda berada dalam keadaan yang selamat. Sebagai contoh jika kanak-kanak mengalami kejutan elektrik, pastikan dia tidak lagi tersentuh dawai elektrik. Jika tidak, anda turut berisiko mengalami kejutan elektrik.

1. Tindakan Awal
Tentukan mangsa betul-betul tiada respond dan hubungan sistem kecemasan.
Beritahu telefonis:
a) Tempat kejadian, alamat atau nama jalan.
b) Nombor telefon dimana panggilan dibuat.
c) Apa yang berlaku
d) Bilangan mangsa
e) Keadaan mangsa
f ) Rawatan yang sedang diberi semasa panggilan.

2. CPR Awal
- Semasa kursus ini anda akan mempelajari teknik-teknik melakukan CPR dengan
betul.
3. Defibrilasi Awal
- Defibrilasi adalah sejenis alat yang memberi kejutan elektrik terkawal untuk menghidupkan
kembali dengupan jantung.
4. Rawatan
Lanjutan ACLS Awal (Advanced Cardiac Life Support)
- Selalunya rawatan lanjutan ini dilakukan oleh doktor atau paramedik terlatih.
so..kami hanya boleh belajar setakat cpr awal la ye....
BalasPadamtak sabar nak masuk kelas amali...