Pengumuman kepada pelajar OP 6,
Sempena menyambut bulan Ramadhan al-mubarak ini, saya dan En. Yusran telah bersetuju untuk menjalankan LA 3 dahulu diikuti dengan LA 2 selepas cuti raya nanti. Diharap pelajar boleh bersedia untuk mempelajari alat dan bantuan cemas pada minggu hadapan. Selamat Berpuasa!
Sharing adalah perkara yg susah nak dibuat, tapi ada kemanisan padanya yg kita TAK TAHU... So, let's share!
Selasa, 17 Julai 2012
Selasa, 10 Julai 2012
Assalamualaikum dan selamat datang kepada pelajar-pelajar yang baru join SMK 6 - Operasi Perhotelan. Saya harap awak semua akan lebih bersemangat untuk 'BEREKREASI' bersama saya dan En. Yusran. Kalau ada apa-apa masalah berkenaan dengan P&P, diharap kita boleh berbincang dengan lebih lanjut di blog ini. Selamat maju jaya!
Khamis, 5 Julai 2012
Rabu, 4 Julai 2012
Sila uji pemahaman anda...
1. Apakah maksud bagi singkatan CPR? (2m)
2. Bilakah CPR perlu dilakukan? (3m)
3. Apakah langkah-langkah untuk melakukan CPR? (10m)
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK)
Situasi:
Anda sedang berjalan ke sungai untuk mandi-manda. Tiba-tiba, anda terdengar jeritan yang datang daripada seorang kanak-kanak yang sedang lemas di dalam sungai. Anda segera terjun dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut, malangnya kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan anda pula tidak tahu bagaimana untuk melakukan CPR. Apakah tindakan lanjut yang boleh anda lakukan?

Teknik Melakukan CPR
Formula yang biasa dan senang diingati untuk semua peringkat ialah...
DR ABC ( Danger, Response, Airway, Breathing dan Circulation)
1. Danger
- Tentukan keselamatan mangsa dan penyelamat
(Tetapi keselamatan penyelamat adalah paling utama)
2. Response
- Tentukan mangsa betul-betul tidak sedarkan diri dengan menepuk pada bahagian bahu
si mangsa selama (4 – 10 saat).
- Sekiranya mangsa tiada respond, gerakkan sistem rawatan kecemasan.
3. Airway
- Tentukan saluran pernafasan mangsa dibuka dengan teknik yang betul seperti diajarkan.
- Teknik-teknik yang sering dilakukan untuk membuka saluran pernafasan (Airway)
sebelum tindakan selanjutnya dilakukan ialah:
a) HEAD TILT CHIN LIFT (Dongak Kepala Angkat Dagu)
- Teknik ini dilakukan bagi mangsa yang tidak ada kecederaan spinal.
b) JAW-THRUST (Angkat Dagu)
- Teknik ini dilakukan bagi mangsa yang tidak ada kecederaan spinal.
c) Modified Jaw-thrust (Angkat Dagu)
- Biasanya teknik ini digunakan kepada mangsa yang disyaki mengalami
kecederaan tulang belakang.
4. Breathing
- Periksa pernafasan mangsa (dalam masa 3 – 5 saat) dengan cara :
a) Lihat (look) - pergerakan dada mangsa
b) Dengar (listen) -pernafasan mangsa
c) Rasa (feel) - hembusan pernafasan mangsa
- Jika mangsa tidak bernafas berikan 2 kali bantuan pernafasan
- Teknik memberi bantuan pernafasan mengikut keadaan mangsa:
a) Mouth to Mouth (mulut ke mulut)
- Picit hidung mangsa sebelum melakukan hembusan
- Berikan bantuan pernafasan secara perlahan.
b) Mouth to Nose (mulut ke hidung)
- Selalu dilakukan sekiranya mulut mangsa mengalami kecederaan.
- Semasa melakukan teknik ini, mulut mangsa hendaklah ditutupkan.
5. Circulation
- Periksa nadi mangsa dibahagian Carotid (dalam masa 5 –10 saat)....
a) Jika tiada nadi, mulakan CPR dengan melakukan 30kali tekanan di dada, 2 kali
hembusan dan lakukan sebanyak 5 pusingan dalam masa 2 minit. Kemudian, buat
pemeriksaan nadi carotid.
b) Kedalaman tekanan dada adalah 2 – 2 1/2 inci.
b) Kedalaman tekanan dada adalah 2 – 2 1/2 inci.
c) Catatan:
30 Kali Tekanan Dada : 2 Kali Hembusan
(1 Pusingan)
Buat sehingga 5 Kitaran Dalam Masa 2 Minit
* Setelah tamat 1 Kitaran
Buat sehingga 5 Kitaran Dalam Masa 2 Minit
* Setelah tamat 1 Kitaran
- Buat pemeriksaan nadi carotid - jika ADA NADI, hentikan tekanan dan periksa pernafasan.
Jika ADA PERNAFASAN, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan (RECOVERY
POSITION) sehingga bantuan sampai.
- Jika mangsa tiada nadi teruskan CPR sehingga bantuan sampai atau lain-lain sebab seperti di
- Jika mangsa tiada nadi teruskan CPR sehingga bantuan sampai atau lain-lain sebab seperti di
Para (A) di bawah.
- Jika mangsa ADA NADI TETAPI TIADA PERNAFASAN berikan bantuan pernafasan dengan
- Jika mangsa ADA NADI TETAPI TIADA PERNAFASAN berikan bantuan pernafasan dengan
kadar 12 kali hembusan dalam tempoh 1 minit sehingga mangsa pulih atau bantuan sampai atau
sama seperti di Para (A) di bawah.
A. CPR Perlu Diberhentikan Apabila...
a. Mangsa telah ada nadi dan pernafasan.
A. CPR Perlu Diberhentikan Apabila...
a. Mangsa telah ada nadi dan pernafasan.
b. Apabila penyelamat berasa letih.
c. Apabila bantuan kecemasan tiba.
d. Apabila mangsa disahkan telah meninggal dunia.
* video di atas menunjukkan teknik ECC (External Cardiac Compression)
p/s: Demonstrasi kaedah melakukan CPR akan diadakan pada sesi pembelajaran yang akan datang. Pelajar dikehendaki membaca dan memahami teknik-teknik CPR di atas.
c. Apabila bantuan kecemasan tiba.
d. Apabila mangsa disahkan telah meninggal dunia.
* video di atas menunjukkan teknik ECC (External Cardiac Compression)
Pelajar perlu menerapkan nilai-nilai murni semasa melakukan CPR seperti TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN ke atas pesakit contohnya meraba mangsa perempuan, merompak barangan mangsa dan tidak menghiraukan keadaan mangsa semasa mangsa jatuh.
p/s: Demonstrasi kaedah melakukan CPR akan diadakan pada sesi pembelajaran yang akan datang. Pelajar dikehendaki membaca dan memahami teknik-teknik CPR di atas.
Mengapa perlu belajar CPR?
Kita perlu belajar CPR supaya boleh membantu menyelamatkan nyawa mangsa terutamanya
di dalam kes-kes kecemasan yang boleh menyebabkan kematian klinikal.
Di dalam konteks menyelamat ini, anda mungkin membayangkan kes kecemasan yang sering berlaku di luar sana, tetapi pernahkah anda terfikir bahawa anda MUNGKIN boleh menyelamatkan nyawa ahli keluarga anda sendiri?
Bila anda perlu melakukan CPR?
CPR dilakukan apabila seseorang itu tidak bernafas atau pengaliran darah tidak mencukupi.
Sebelum melakukan CPR, pastikan anda berada dalam keadaan yang selamat. Sebagai contoh jika kanak-kanak mengalami kejutan elektrik, pastikan dia tidak lagi tersentuh dawai elektrik. Jika tidak, anda turut berisiko mengalami kejutan elektrik.

1. Tindakan Awal
Tentukan mangsa betul-betul tiada respond dan hubungan sistem kecemasan.
Beritahu telefonis:
a) Tempat kejadian, alamat atau nama jalan.
b) Nombor telefon dimana panggilan dibuat.
c) Apa yang berlaku
d) Bilangan mangsa
e) Keadaan mangsa
f ) Rawatan yang sedang diberi semasa panggilan.

2. CPR Awal
- Semasa kursus ini anda akan mempelajari teknik-teknik melakukan CPR dengan
betul.
3. Defibrilasi Awal
- Defibrilasi adalah sejenis alat yang memberi kejutan elektrik terkawal untuk menghidupkan
kembali dengupan jantung.
4. Rawatan
Lanjutan ACLS Awal (Advanced Cardiac Life Support)
- Selalunya rawatan lanjutan ini dilakukan oleh doktor atau paramedik terlatih.
Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR)
Apakah yang dimaksudkan dengan CPR?
CPR ialah gabungan bantuan kaedah EAR (Expired Air Resuscitation) yang bermaksud bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dan ECC (External Cardiac Compression) yang bermaksud mampatan dada. Selain CPR dianggap sebagai bantuan cemas yang dilakukan secara ekspres atau 'on-the-spot action', ia juga dikatakan mampu menghidupkan individu yang telah mati atau lebih dikenali sebagai kematian klinikal. Kematian klinikal ialah kematian yang berlaku di antara 4-6 minit pertama iaitu ketika jantung dan nafas mula-mula berhenti.
Di dalam Arena Pembelajaran 02.04, pelajar telah melakukan aktiviti outdoor dimana aktiviti-aktiviti tersebut terdedah kepada bahaya contohnya:
a) Jet ski
b) Kayak
c) Banana Boat
d) Flying Fox
e) Scuba Diving
f) Rock Climbing
Apakah yang anda boleh lakukan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti di atas dijalankan? Fikir-fikirkan...
a) Jet ski
b) Kayak
c) Banana Boat
d) Flying Fox
e) Scuba Diving
f) Rock Climbing
Apakah yang anda boleh lakukan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti di atas dijalankan? Fikir-fikirkan...
LA 03.02 - Laksanakan Bantuan Cemas
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:
*Pelajar diminta untuk mencari maklumat awal mengenai CPR untuk sesi pembelajaran di dalam kelas yang akan datang.
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:
- memahami maksud dan kepentingan CPR
- mengenalpasti situasi yang sesuai untuk melakukan CPR
- mengetahui langkah-langkah untuk melaksanakan CPR
- mengetahui langkah lanjutan yang perlu diambil selepas melaksanakan CPR
- menerapkan nilai-nilai murni semasa situasi cemas berlaku
*Pelajar diminta untuk mencari maklumat awal mengenai CPR untuk sesi pembelajaran di dalam kelas yang akan datang.
Selasa, 3 Julai 2012
Apakah yang dimaksudkan dengan rekreasi?
Rekreasi merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang tanpa perlu memikirkan tentang masalah di tempat kerja mahupun di rumah. Rekreasi juga merupakan aktiviti riadah dimana tujuan utamanya tidak lain tidak bukan adalah untuk merehatkan minda disamping dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan minda.
Rekreasi umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu rekreasi dalaman (indoor games) dan rekreasi luaran (outdoor games).
BANTUAN CEMAS
Semasa melakukan aktiviti rekreasi tidak kiralah samada indoor games ataupun outdoor games, aspek utama yang perlu dititikberatkan adalah KESELAMATAN. Sesetengah orang berpendapat bahawa jika melakukan aktiviti indoor games, risiko untuk terlibat dalam kemalangan adalah sangat tipis, tetapi ianya adalah TIDAK BENAR sama sekali kerana sesungguhnya malang itu tidak berbau.

Langgan:
Catatan (Atom)