Assalamualaikum wbth dan salam 1 Malaysia...
Pertamanya, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana blog ini masih mendapat perhatian daripada para pelajar, terutamanya pelajar yang mengambil SMK 6 - Rekreasi Perhotelan. Saya harap agar blog ini boleh membawa manfaat kepada semua, terutamanya kepada mereka yang sememangnya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai CPR.
Untuk makluman, anda mungkin mendapati teknik CPR ini berbeza dengan CPR yang anda lihat di laman YOU TUBE dan sebagainya, tetapi ingin saya jelaskan di sini bahawa teknik CPR kini telah melalui banyak proses penambahbaikan dan telah diubahsuai dari semasa ke semasa. Oleh itu, blog ini juga mungkin akan ditambahbaik dari semasa ke semasa mengikut modul CPR yang terkini.
Sekian, terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog ini, dan jika anda mempunyai sebarang masalah atau persoalan, anda boleh postkan di sini untuk perbincangan lanjut. Selamat maju jaya!