Ahad, 25 Oktober 2015

Makan-makan di Sg Petani~ Vroommm...

Assalamualaikum wbth...

Hai semua, rasanya lama dah tak update blog ni since dah tak mengajar modul rekreasi. Anyway, saya percaya blog ni sikit sebanyak boleh membantu especially bab CPR tu. Semoga bermanfaat untuk semua.

Alright, skrg saya nak pergi ke tajuk yang lebih best lagi iaitu MAKAN... hahaha.. Saya kalau bab makan mmg tak memilih, cuma saya sgt concern bab "taste". Maklum la, bila makan luar, kita bayar, so of courselah semua org nak harga yg dibayar tu berbaloi, betul tak? Okay, now I'm gonna suggest uolls tempat-tempat makan yang sedap/boleh tahan di sekitar Sg Petani ni. Let's check it out:

1. Le Boss (Lagenda Heights) - menyediakan makanan eastern dan western



2. Seoul Garden (C-mart) - korean sgt... ala-ala buffet



3. Mee Kuah Tulang (Singkir Darat) - terbaik, tapi service sangat slow (book awal-awal senang)


4. Pokok Ceri (somewhere nearby Swiss Hotel) - They go for varieties


5. Nasi Beriyani Aqeem (Taman Peruda) - mmg sedap




6. Restoran Briyani Ishar (Taman Sejati) - TERBAIK


7. Hotmas (Jalan ke Hotel Swiss Inn) - sedap dan berpatutan, tp parking mmg SUSAH


8. Restoran Bawal (Padang Temusu) - lauk kampung terbaik



9. Big Mouth Republic (Taman Sejati) - nyum nyum


10. Nasi Kandar Yasmeen (Bersebelahan C-Mart) - kuah mmg terbaik



Actually, mmg banyak lagi tempat2 yang best, tp Insya Allah saya akan update lagi dari semasa ke semasa. Stay tune and get updated.

*bab taste ni mmg subjektif, siapa yang kurang bersetuju, sila abaikan ye...
*pic di'adaptasi' dari blog lain dan google. Kredit kpd pemilik blog yang berkenaan

Isnin, 29 April 2013

Selamat Datang kepada pelajar SMK OP6 (sesi April 2013) ~



Assalamualaikum wbth dan salam 1 Malaysia...

Pertamanya, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana blog ini masih mendapat perhatian daripada para pelajar, terutamanya pelajar yang mengambil SMK 6 - Rekreasi Perhotelan. Saya harap agar blog ini boleh membawa manfaat kepada semua, terutamanya kepada mereka yang sememangnya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai CPR.

Untuk makluman, anda mungkin mendapati teknik CPR ini berbeza dengan CPR yang anda lihat di laman YOU TUBE dan sebagainya, tetapi ingin saya jelaskan di sini bahawa teknik CPR kini telah melalui banyak proses penambahbaikan dan telah diubahsuai dari semasa ke semasa. Oleh itu, blog ini juga mungkin akan ditambahbaik dari semasa ke semasa mengikut modul CPR yang terkini.

Sekian, terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog ini, dan jika anda mempunyai sebarang masalah atau persoalan, anda boleh postkan di sini untuk perbincangan lanjut. Selamat maju jaya!

Selasa, 17 Julai 2012

Pertukaran LA

Pengumuman kepada pelajar OP 6,
Sempena menyambut bulan Ramadhan al-mubarak ini, saya dan En. Yusran telah bersetuju untuk menjalankan LA 3 dahulu diikuti dengan LA 2 selepas cuti raya nanti. Diharap pelajar boleh bersedia untuk mempelajari alat dan bantuan cemas pada minggu hadapan. Selamat Berpuasa!

Selasa, 10 Julai 2012

Assalamualaikum dan selamat datang kepada pelajar-pelajar yang baru join SMK 6 - Operasi Perhotelan. Saya harap awak semua akan lebih bersemangat untuk 'BEREKREASI' bersama saya dan En. Yusran. Kalau ada apa-apa masalah berkenaan dengan P&P, diharap kita boleh berbincang dengan lebih lanjut di blog ini. Selamat maju jaya!

Khamis, 5 Julai 2012

So, adakah anda bersedia untuk memberikan bantuan sekiranya berlaku kemalangan yang memerlukan bantuan CPR atau anda hanya mampu melihat sahaja dari jauh? Think about it!

                      

                                                              ATAU...



Rabu, 4 Julai 2012

Jom test IQ..

Sila jawab teka silang kata di bawah:


p/s: pelajar diminta print dan jawab teka silang kata di atas dan hantar kepada saya minggu hadapan.

Sila uji pemahaman anda...

1. Apakah maksud bagi singkatan CPR? (2m)
2. Bilakah CPR perlu dilakukan? (3m)
3. Apakah langkah-langkah untuk melakukan CPR? (10m)


Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK)

Situasi:
Anda sedang berjalan ke sungai untuk mandi-manda. Tiba-tiba, anda terdengar jeritan yang datang daripada seorang kanak-kanak yang sedang lemas di dalam sungai. Anda segera terjun dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut, malangnya kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan anda pula tidak tahu bagaimana untuk melakukan CPR. Apakah tindakan lanjut yang boleh anda lakukan?